Sabtu, 12 September 2009

Siapakah dajjal??

dajjal, nina amat tertarik sekali dengan yang namanya dajjal dan amat sangat penasaran sekali walaupun sudah tau dajjal itu apa tapi nina kurang puas dan selalu penasaran dan mencari apa itu dajjal. sampai akhirnya nina menemukan suatu artikel ini, dan nina juga ingin membagikan artikel ini agar kalian tau semua apa itu dajjal dan latarnya. Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.


Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya:

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (yaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.



Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.

Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begituj uga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R Ibnu Majah
Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:

Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:

Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini? Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam yaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:

Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
NB : Bagi kalian yang tau lebih lanjut tentang dajjal tolong posting komentar kalian diblog ini ya..
nina amat sangat penasaran dan ingin lebih tau banyak tentang dajjal.. . sebelumnya terima kasih ^ ^
sumber dari : terselubung (siapakah dajjal?)

8 komentar:

Nadhirah mengatakan...

cerita dajjal nih..(mengikut ramalan lah)..
mereka kata dalam tahun 2012 nih..
there's something happen..betul ke kak?

Nina Juliyanthie mengatakan...

Menurut nina soal 2012 itu jujur saja nina tidak percaya, karna kalau nina pikir2 sih itu hanyalah sebuah lelucon belaka, tidak mungkin allah swt telah merencanakan sesuatu yang tiba-tiba mudah diketahui oleh manusia itu tidak mungkin. kan kita sudah diajarkan, dalam agama islam tidak boleh mempercayai ramalan. pakai logika aja, sangat aneh sekali, malaikat saja tidak tau hari kiamat?? masa manusia langsung tau tuh makan apa sih tu orang bisa tau hari kiamat jatuh pada tanggal 21 des 2012?? kudenger-denger dari internet katanya ramalan suku apa tu namanya?? maya ya?? lupa aku.. katanya selalu tepat ya?? hmmm.. . kalau memang benar ya berdoa aja & minta perlindungan, tetapi kalau soal 2012 itu jadikan aja hal yang positif, jangan takut, santai aja.. . misalkan kita dorong semangat kita untuk beribadah & selalu ingat mati, kalau seandainya 2012 kiamat gimana ya?? hehehee.. begitu, kalau nina sih nina jadikan semangat dalam beribadah dan ingat mati.. ^ ^

Chan mengatakan...

Hehe..bahasan serem..
Ngomongin Dajjal ada hubungannya dengan Hari Kiamat.

Ga komment Ah..
Cabuuttt...

Nadhirah mengatakan...

ohh begitu rupanya..
tapikan..saya ada jumpa satu artikel tentang a new planet will arrives dalam kalangan planet-planet nanti..and mereka kata planet baru tu macam,the destroyer of earth or world something like that..baru-baru ini, surat khabar hari ni saya baca,tentang memang betul ada planet baru dalam kalangan satelit tu semua..story like that..boleyh ke kita percya??
aduhh memang bawa bulu roma saya naik..

Nina Juliyanthie mengatakan...

untuk akhi chan lama gak ada kabarnya, ^ ^

Untuk nadhirah, memang benar, nina percaya kok. karna, zaman dahulu kala, entah tahun berapa itu pokoknya udah berapa tahun itu aku lupa tahunnya ama pengarangnya. ada sebuah novel yang berjudulkan planet ke-12 atau planet x nibiru, seingat nina, ada kehidupan disana, dulu, orang nggak percaya akan adanya planet ke-12 ini, sipengarang diperolok-olok akan karya novelnya itu karna tidak ada bukti bahwa ditata surya kita ada planet lagi, tapi sejalannya zaman, ternyata orang percaya akan keberadaan planet ke-12 ini, dan para peneliti astronom mempelajari apa yang ditulis dinovel tersebut karna berdasarkan ya ramalan tadi apa tu namanya suku apa?? ya pokoknya itulah.. ., ya allahu alam, dulu, zaman purba, dinousaurus punah karna jatuhnya benda-banda dari angkasa luar seperti komet dan meteor sehingga memulai kehidupan baru ya itu munculnya kehidupan manusia atau zaman modern. lewat desas desus katanya sih punahnya dinousaurus akibat ketidak seimbangnya magnet atau apa itu aku lupa, kalau kita para manusia punah gimana ya?? kemunculan kehidupan apakah nanti?? oya!! udah ngeliat film 2012 gak?? iiiyyy, jadi takut aku nontonnya, filmnya kereeenn!!!

Nadhirah mengatakan...

belum2!!
nak tengok!!!

p/s: nak tengok kat mana yah?

Nina Juliyanthie mengatakan...

mau liat film 2012?? liat aja di youtube ^ ^

whuland mengatakan...

ada yang blg, dajjal akan muncul dari segitiga bermuda,,,
semoga kt tdk bertemu dgn dia

naudzubillah...